biar aku simpan semua kisah-kisah lama yang sangat banyak memberi pengajaran dalam hidup ini.
biar kini aku buka cerita yang baru dalam lembaran hidup ini.
semua cerita lama akan aku simpan rapat-rapat di satu tempat.
kisah yang penuh dengan duka, kesedihan dan penyesalan.
biar ia semua jadi pengajaran dalam hidup.
aku akur bahawa pengalaman lah yang banyak mengajar kita.
mematangkan hidup ini.
La Tahzan!
itulah satu kata semangat dalam hidup ini.
semoga hidup yang baru ini lebih matang.
mahu dilupakan kisah yang lama yang banyak mengeluarkan air mata.
cukuplah sampai di situ.
diri ini perlu sesuatu yang baru.
esok mahu pergi ke kuantan.
berbaur perasaan di hati.
kejap rasa cuak.
kejap rasa tak sabar.
kejap rasa takut.
apa yang paling penting.
aku mahu betulkan niat.
biarlah semuanya Lillahitaala...
insyaAllah